Laporan Aktiviti Amatur Satelit (Amsat-My) Terengganu oleh Wakil Negeri Kelantan dan Terengganu 9W2KEY

Laporan aktiviti Satellite Radio Amator Negeri Terengganu.

 

Tarikh             :           29 Mei, 2018

Jam                :           3:00 petang – 9:00 malam

Bertempat    :           Base 9W2XPW

Grid                :           OJ15ng

Long/Lat       :           5.268897, 103.122422

Kehadiran     :           13 orang

Facilitator      :           9W2KEY

 

Aktiviti ini telah mendapat kerja sama yang sangat baik dari Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR). Berikut adalah senarai aktiviti telah dijalankan didalam aktiviti tersebut:-

 

  1. Mengenal jenis-jenis satellite secara ringkas.
  2. Mengenal frequency satellite dan setting radio untuk bekerja dengan satellite.
  3. Belajar dan berlatih cara mengesan (tracking) satellite dengan menggunakan Smart Phone.
  4. Membina antenna yagi dengan menggunakan PVC paip dan measure tape.
  5. Amali QSO di SO-50 (1824) dan IO-86 (1857) pada lintasan sebelah petang.

 

Mengenal jenis-jenis satellite secara ringkas.

 

Peserta telah didedahkan dan diberi penjelasan kepada jenis-jenis satellite yang ada ada diruang angkasa. Terdapat satellite yang menggelilingi bumi dan ada yang static seperti satellite komunikasi, GPS dan ASTRO. Selain itu juga terdapat satellite yang mengorbit bumi antaranya adalah satellite radio amator.

 

 

Mengenal frequency satellite dan setting radio untuk bekerja dengan satellite.

 

Peserta telah diberi penerangan berkenaan frequency satellite terutama kefahaman apa itu uplink dan apa itu downlink serta penggunaan tone secara terperinci. Peserta diberi perbandingan satellite cross band repeater dan repeater yang biasa mereka guna di daratan yang mana menggunakan 1 band sahaja. Peserta telah didedahkan dan telah diberi penerangan kenapa satellite menggunakan 2 band yang berbeza iaitu VHF dan UHF.

 

Kemudian peserta telah diajar cara setting radio (kesemuanya menggunakan handy TYT dan BAOFENG dual band). Antara tips yang diajar adalah mengunakan fungsi SQL sebaiki mungkin untuk mendapat segala signal, walaupun signal yang paling lemah dari satellite.

Belajar dan berlatih cara mengesan (tracking) satellite dengan menggunakan Smart Phone.

 

Peserta turut diajar dan didedahkan cara mengesan kedudukan satellite melalui Smart Phone yang miliki. Peserta telah di ajar menggunakan App AmsatDroid Free yang boleh di download melalui Google Play Store secara percuma. Mereka juga ditunjukkan cara membaca kedudukan satellite dan diberi penerangan berkenaan istilah-istilah yang terdapat pada App tersebut. Penerangan dan penjelasan berkenaan AOS, LOS, Azimuth, Elevation dan Gridsquare.

 

 

Membina antenna yagi dengan menggunakan PVC paip dan measure tape.

 

Para peserta telah diajar cara-cara membina antenna yagi pada kadar kos yang rendah iaitu dengan menggunakan bahan-bahan terpakai iaitu PVC paip dan measure tape. Pada program kali ini hanya antenna VHF sahaja yang diajar dan dibina untuk memberi kefahaman asas kepada peserta. Mereka diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan antenna tersebut. Bermula jam 1724MYT sehingga 1824MYT adalah masa tamat membina antenna dan masa mengunakan antenna untuk cuba berhubung melalui SO-50 pada lintasan 1824MYT.

 

Pada kesempatan ini, peserta telah diperkenalkan dengan antenna MOXON dual band.

 

 

Amali QSO di SO-50 (1824) dan IO-86 (1857) pada lintasan sebelah petang.

 

Terdapat 2 lintasan yang sempat peserta tracking, iaitu SO-50 pada jam 1824MYT dan IO-86 pada jam 1857MYT. Para peserta masih lagi kekok untuk mengendalikan radio terutama semasa hendak TX, mereka tersalah TX di downlink frequency.

 

Mereka amat teruja apabila dapat mendengar audio dan callsign dari E21EJC melalui SO-50, mereka terus memangil tetapi gagal, mungkin kedudukan SO-50 pada masa itu elevation adalah rendah. Para peserta masih lagi monitor dan track SO-50 sehingga LOS, dan mereka sekali teruja apabila hampir-hampir LOS, mereka mendengar E21EJC memanggil dan respond kepada panggilan 9W2KEY.

 

Pada lintasan terakhir iaitu IO-86 pada jam 1857MYT para peserta telah bersedia awal dengan menyiapkan antenna dan peralatan radio. Apa yang berlaku adalah tersilap monitor di frequency SO-50 sedangkan sekarang adalah masa untuk IO-86. Setelah diperbetulkan, mereka sekali lagi amat teruja apabila mendengar callsign-callsign seperti E21EJC, 9W2XIK, YB6PLG, YD0RH, YD0RWL, 9W8VIN dan 9M4COK.

 

Majlis telah ditangguhkan pada jam 1917MYT untuk berbuka puasa dilokasi yang sama dan seterusnya bersurai pada 2005MYT.

Sekian, laporan daripada wakil Negeri Terengganu / Kelantan

9W2KEY

73

One thought on “Laporan Aktiviti Amatur Satelit (Amsat-My) Terengganu oleh Wakil Negeri Kelantan dan Terengganu 9W2KEY”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *